Agong berkenan solat terawih di Surau Utama Istana Negara

0
1

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah   berkenan berangkat menunaikan solat sunat Tarawih di Surau Utama Istana Negara.

Menurut Istana Negara menerusi Facebook, solat sunat terawih tersebut diimamkan oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara, Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan turut dihadiri pegawai dan kakitangan Istana Negara.

Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Haji Shamsuddin dan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra bersama para jemaah di Surau Utama Istana Negara,” katanya. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here