Penyelam hilang di Mersing: Jurulatih warga Norway ditemukan selamat

0
2

SEORANG daripada empat penyelam warga Eropah yang hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol di Mersing, Johor ditemukan dalam keadaan selamat.

Kristine Grodem, 35, wanita warga Norway itu dibawa ke Stadium Mersing kira-kira jam 12.05 tengah hari dengan menggunakan pesawat udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Mangsa dilihat berada dalam keadaan baik selain mampu berjalan kaki ketika tiba ke padang stadium berkenaan, lapor Utusan Online.

Jurulatih selaman itu kemudian dibawa menaiki ambulans ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, nasib tiga lagi mangsa yang merupakan pelatih kepada Kristine masih belum diketahui.

Mereka terdiri daripada dua beranak warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya, Nathan Renze, 14, yang merupakan warga Belanda serta remaja wanita warga Perancis, Alexia Alexandra, 18.

Sementara itu, Polis Johor menahan seorang tekong bot yang membawa empat warga asing yang hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, malam tadi.

Individu berkenaan ditahan kira-kira jam 11.30 malam, selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berumur dalam lingkungan 20 tahun itu pada mulanya dipanggil bagi memberi keterangan.

Namun, dia kemudiannya ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine selesai menjalani ujian saringan air kencing. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Onn Ghazi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here