Covid-19: 32 kes kematian direkod semalam

0
1
Skuad Jenazah covid-19 mengangkat jenazah covid-19 ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 32 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam sekali gus angka kematian yang terkumpul sejak pandemik melanda ialah 35,192 kes.

Daripada jumlah kematian itu, sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan melaporkan 12,105 kes Covid-19 dan termasuk 12,062 penularan tempatan dan 43 kes import.

Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Perak (lima), Terengganu (empat), Kedah dan Melaka (masing-masing tiga), serta Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 162,216 kes aktif dilaporkan, termasuk 221 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 122 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh direkodkan sebanyak 21,029 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here