KKM tumpu rawat pesakit long Covid – KJ

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) kini meningkatkan tumpuan dalam rawatan pesakit ‘long Covid’ selepas kadar jangkitan kes Covid-19 semakin stabil.

Menteri Kanan Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata lebih banyak sumber dan kemudahan akan digunakan bagi rawatan long Covid.

“Apabila kadar jangkitan mula stabil, KKM kini meningkatkan tumpuan kami pada penjagaan pemulihan long Covid.

“Saya berada di Perak hari ini di mana saya melawat Hospital Batu Gajah yang telah menggunakan semula wad pemulihannya untuk menjaga pesakit long Covid. Lebih banyak sumber akan disediakan kelak,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Sementara itu, beliau turut melawat Makmal Kesihatan Awam Ipoh yang membuat survelan genomik keatas kes Covid-19 untuk zon utara.

“Majoriti ‘whole genomic sequence’ (WGS) untuk kes-kes terkini adalah varian Omicron BA.2,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here