Chasemen Apartment Hotel tawar lebih 150 masakan Melayu

0
1
makanan melayu

CHASEMEN Apartment Hotel, Menara PGRM, Kuala Lumpur menawarkan kira-kira lebih 150 juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Pengurus besar, Mohd Ridhwan Arshad berkata pihaknya menawarkan harga istimewa untuk buffet Ramadan dengan harga RM69.90 bagi 1,000 tempahan terawal.

“Terdapat lebih 150 hidangan masakan Melayu ditawarkan antaranya, rendang, asam pedas, masak lemak cili api dan kambing bakar.

“Selain menyediakan makanan, kami turut menyediakan ruangan solat yang istimewa bersama tiga imam,” katanya.

Semua itu boleh dinikmati dengan tawaran harga yang berbaloi pada bulan Ramadan ini.

Katanya, ini adalah masa terbaik untuk orang ramai meluangkan masa berbuka bersama keluarga berbanding sebelum ini menjalani ibadah puasa dalam norma baru Covid-19.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here