Pensyarah tular perlekeh pelajar B40 direhatkan – UiTM

0
1
logo uitm

MESYUARAT Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) memutuskan untuk merehatkan pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan seorang pelajar B40 tidak mempunyai komputer riba, baru-baru ini.

Jabatan Komunikasi UiTM dalam satu kenyataan, berkata keputusan merehatkan pensyarah terbabit bermula 1 April sehingga siasatan lengkap dilaksanakan.

Menurut UiTM, universitu itu dalam masa sama memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja atau tidak yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warganya.

“UiTM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran (posting) yang mengelirukan.

“UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan juga pelajarnya. Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

“Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular rakaman video klip durasi satu minit 45 saat memaparkan pensyarah wanita itu memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba.

Tindakan pesyarah itu yang memperlekehkan golongan B40 dalam video tular terbabit mencetuskan kemarahan orang ramai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here