Ahad bermula 1 Ramadan, umat Islam Malaysia berpuasa

0
1

UMAT Islam akan mula berpuasa bermula Ahad ini. 

Perkara itu disahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang mengumumkannya sebentar tadi. 

“Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad ini, 3 April 2022 bersamaan 1443H/2022M menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,” katanya. 

Seperti setiap tahun, netizen akan teruja meneka apakah warna baju Melayu yang bakal dipakai oleh beliau pada pengumuman malam ini akhirnya terjawab selepas beliau tampil segak memakai baju bewarna ‘Peach’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here