POLIS menahan seorang pemandu bas sekolah hari ini selepas disyaki terbabit dalam kejadian mencabul murid perempuan berusia 11 tahun ketika ke sekolah menaiki van sekolah, Isnin lalu.
Kejadian berkenaan tular di media sosial apabila bapa kanak-kanak itu memuat naik hantaran tidak berpuas hati dengan pemandu van sekolah anaknya serta dua sedutan rakaman video dia berjumpa pemandu berkenaan dan berlaku pertengkaran.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dalam kenyataan, berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada jam 2 petang tadi di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2.
“Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku dalam kes yang disiasat itu.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017,” katanya dalam. – Malaysiapost

