Belum ada perbincangan bubar Parlimen – Tuan Ibrahim

0
1
Jalur gemilang dipasang di sekitar jalan menujuk ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

PAS hari ini mengesahkan belum ada sebarang perbincangan untuk membubarkan parlimen dibawa kepada parti dalam kerajaan.

Timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebarang langkah mencari kesepakatan bagi memohon pembubaran parlimen mestilah dirundingkan terlebih dulu sebelum dimuktamadkan.

“Keputusan (untuk membubarkan parlimen akan dibuat) bersama semua parti yang mendukung kerajaan.

“Ia akan dirunding bersama semua parti, dan setakat ini tiada perbincangan (mengenai hal itu) lagi,” katanya dipetik Malaysiakini, hari ini. 

Ahli parlimen Kubang Kerian itu diminta mengulas mengenai desakan segelintir pemimpin dan perwakilan Umno untuk membubarkan parlimen bagi menyegerakan pilihan raya umum.

Kabinet yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini turut dianggotai Bersatu dan PAS yang mana hubungan kedua-dua parti tegang ketika ini. 

PAS bekerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional menentang Umno dan Barisan Nasional dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here