Tak dijangkiti Covid-19 sebab tak ramai kawan?

0
1

AGAK mengejutkan, namun pada masa sama ‘melucukan’ apabila teori seorang doktor dari Korea Selatan yang mendakwa mereka yang belum dijangkiti Covid-19 adalah golongan yang tidak memiliki ramai kawan.

Menurut Naib Presiden Persatuan Vaksin Korea Selatan, Ma Sang-hyuk, golongan dewasa yang belum dijangkiti Covid-19 adalah mereka yang mempunyai masalah interpersonal.

“Masalah interpersonal adalah metafora untuk menekankan bahawa jangkitan virus itu tidak dapat dielakkan.

“Jika anda tidak mempunyai rakan dijangkiti sekarang, anda tidak mempunyai kawan,” katanya dipetik Koreaherald.

Jelasnya, sistem perubatan di negaranya perlu disusun semula supaya orang yang didapati positif mendapat rawatan segera.

Difahamkan, sehingga Selasa lalu, Korea Selatan merekodkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 9.93 juta bersamaan satu perlima penduduk di negara itu telah diuji positif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here