PDRM siasat kes kematian tahanan di lokap IPD Seberang Perai Selatan

0
1

UNIT siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesahkan satu kematian melibatkan dalam lokap polis.

Ia melibatkan orang kena tahan (OKT) dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang hari ini.

Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kematian OKT pada jam 7.30 pagi tadi.

Menurutnya, OKT adalah lelaki berusia 59 tahun yang ditahan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (A) akta yang sama.

Tambahnya, OKT telah ditahan semalam dan sepatutnya direman pada hari ini di mahkamah.

“USJKT JIPS akan menjalankan siasatan berkaitan kes ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here