‘Saya mohon maaf’ – Zul Ariffin

0
1

PELAKON, Zul Ariffin, tampil memohon maaf secara terbuka berhubung isu klip video adegan panas lakonannya dengan pelakon baharu, Siti Hariesa yang mendapat kritikan hebat setelah tular di media sosial, baru-baru ini.

Zul, 35, memaklumkan perkara itu menerusi hantaran Insta Story miliknya, sebentar tadi.

Menurutnya, permohonan maaf tersebut dilakukan selepas menerima reaksi ramai pihak mengenai aksi melampau yang dilakonkan bersama Siti Hariesa dalam drama bertajuk Perempuan Itu.

Mengulas lanjut, Zul berkata akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang bahan bagi tujuan promosi dia media sosial kelak.

“Dengan hati terbuka, saya mengambil maklum di atas semua respon dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” katanya dalam hantaran Insta Story.

Sebelum itu, Zul dikecam pelbagai pihak selepas memuat naik klip video ‘teaser’ drama Perempuan Itu yang memaparkan adegan mengghairahkan lakonannya bersama seorang pelakon wanita.

Isu tersebut turut menerima teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menentang keras penyiaran program memaparkan aksi tidak bermoral serta bertentangan hukum syarak.

Sementara, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa semalam memberi penegasan dan amaran kepada stesen televisyen dan penggiat drama agar mematuhi garis panduan ditetapkan dalam penyiaran karya seni. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here