3 juta murid kembali ke sekolah

0
2
Persekolahan dibuka semula hari ini selepas ditutup pada 9 November 2020 menyaksikan murid pra sekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Darjah 1 dan 2 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Menariknya seorang cikgu memakai maskot kucing bagi menghiburkan murid-murid yang hadir hari ini.

HAMPIR 3 juta murid sekolah rendah dijangka hadir mengikuti pembelajaran secara bersemuka bagi sesi baharu persekolahan di seluruh negara yang bermula hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi satu hantaran ucapan selamat kembali ke sekolah dimuat naik di Facebooknya.

“Selamat kembali ke sekolah anak-anak generasi pewaris negara!

“Hari ini saya berada di Perak bagi meninjau pengoperasian sekolah untuk hari pertama kemasukan murid di beberapa buah sekolah di negeri ini, katanya.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) komited melakukan yang terbaik bagi memastikan sesi baharu persekolahan berjalan dengan lancar.

“Sama-sama kita doakan perjalanan persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 ini berjalan lancar, teratur dan selamat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here