Pendedahan Tommy Thomas: Kerajaan janji ambil tindakan – PM

0
1

KERAJAAN memberi jaminan akan mengambil tindakan jika terdapat penyalahgunaan kuasa dan konspirasi terpilih, seperti didakwa dalam pendedahan buku bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jawatankuasa khas telah pun ditubuhkan pada Oktober 2021 bagi menyiasat pendedahan tersebut.

“Pasukan Petugas Khas (PPK) sedang mengambil tindakantermasuk memanggil pihak yang terlibat. Laporan interim akan dibentangkan pada bulan depan,” kata Naib Presiden Umno itu dalam Ucapan Penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Berhubung isu Tabung Haji (TH), Ismail Sabri berkata kerajaan telah menubuhkan RCI sebagai komitmen tidak akan sembunyikan apa-apa di mana siasatan telah bermula sejak Januari.

“Saya percaya siasatan ini dapat diselesaikan penghujung Julai ini,” katanya.

Sementara itu beliau berkata kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberi pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, Jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac 2022.

“Walaupun siasatan masih berjalan tetapi kerajaan telah pun membayar ‘ex-gratia’ berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah pada 29 November 2021.

“Inilah bukti kesungguhan Umno dalam membela nasib rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here