Menteri Umno tak ‘perform’ tuduhan tidak berasas

0
1

Nilam Oshman

BEKAS naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak menyatakan menteri Umno tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam melaksanakan tugasannya.

Menteri Kanan Pertahanan itu berkata, menteri-menteri Umno telah membuktikan mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik, berdasarkan kejayaan dalam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Saya nak tekankan perkara yang saya rasa terpanggil untuk menjawab di mana ada perkara-perkara diluahkan menyatakan bahawa menteri Umno tak ‘perform’.

“Jadi saya nak tekan di sini saya tidak tahu apa maksud mereka, ada desas-desus kata menteri-menteri (Umno) tak ‘perform’ ini melibatkan diri saya sendiri sebagai menteri di dalam Jemaah Menteri.

“Kalau menteri Kita tak ‘perform’, saya rasa kejayaan parti di beberapa PRN tak akan mencapai keputusan membanggakan.

“Ia kerana prestasi kita dalam PRN juga bersandarkan kepada kejayaan dan ‘performance’ kita dalam kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno 2021 di Pusat Dagangan Dunia di ibu negara hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here