Onn Hafiz jamin tunaikan janji manifesto

0
1

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi jaminan kerajaan negeri pimpinannya akan berusaha menunaikan janji ditawarkan kepada pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Beliau yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar ke-19 semalam berkata janji tersebut akan ditunaikan kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap diwakilinya serta rakyat seluruh Johor.

“InsyaAllah, kita akan berusaha untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan di dalam manifesto kepada pengundi di sini (Machap), juga di seluruh negeri Johor.

“Semoga kita semua dapat bekerjasama berganding bahu memajukan negeri ini. Allah Peliharakan Sultan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Terdahulu beliau hadir majlis minum petang bersama warga DUN Machap dan DUN Layang-Layang semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here