Moga ada khabar berita yang menarik – Asyraf Wajdi

0
1

KETUA Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap sidang media khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini akan membawa khabar menarik.

Beliau antara yang lantang membangkitkan isu tuntutan rakyat berhubung pengeluaran kali terakhir simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, mengharapkan khabar berita yang menarik diumumkan nanti

“Moga ada khabar berita yang menarik, Insya-Allah!” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Perdana Menteri dijadualkan akan mengadakan sidang media khas pada jam 1.30 petang ini, namun butiran sebenar mengenai sidang media atau seberang pengumuman baharu tidak diketahui lagi.

Orang ramai boleh mengikuti sidang media berkenaan di saluran media utama tempatan dan secara langsung di pelbagai platform media sosial.

Asyraf Wajdi semalam berharap ada berita baik dari Dewan Rakyat berhubung pengeluaran kali terakhir KWSP itu ketika Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjawab segala perbahasan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Parlimen sebelum ini sepanjang membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau bagaimanapun kecewa apabila Tengku Zafrul memberikan hujah yang sama untuk menafikan pengeluaran KWSP RM10,000 buat kali terakhir.

Asyraf Wajdi turut menyifatkan Menteri Kewangan itu bagaikan sudah mati rasa dan tidak mahu memahami kesulitan, kesusahan dan keperitan rakyat yang mahu memulakan kehidupan pasca pandemik ketika ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here