TV AlHijrah tangguh siar episod Trending ‘Kak Long 7E’

0
1

SELEPAS menerima kecaman hebat netizen, TV AlHijrah mengambil keputusan menangguhkan penyiaran Program Trending dalam episod dihadiri ‘Kak Long 7E’ – wanita yang tular mengamuk di sebuah kedai serbaneka baru-baru ini.

TV AlHijrah dalam kenyataan menjelaskan Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panels yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long 7E’.

“Teguran supaya ‘Kak LOng 7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, TV AlHijrah berkata, keputusan menangguhkan episod berkenaan selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus.

“TV AlHirah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih member manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Semalam, gambar ‘Kak Long 7E’ dimuatnaik oleh bekas peserta program Pencetus Ummah 2015, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin, sebagai tetamu jemputan salah satu program TV Alhijrah.

Kecoh di laman Twitter, ciapan yang dikendalikan oleh Muhammad Syarafi ini mempersoalkan TV Alhijrah dianggap kekurangan perkongsian lebih berilmiah yang mahu dikongsikan kepada penonton.

‘Spotlight’ yang telah diberikan kepada Kak Long 7E ini sekali gus mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.

Rata-rata netizen mengatakan tindakan TV Alhijrah itu untuk raih rating dengan melakukan publisiti murahan seperti menjemput figura yang sudah menunjukkan contoh yang tidak harus diikuti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here