DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubar – PAS

0
2

PAS mengesahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri dikuasai parti itu tidak akan dibubar sehingga tamat tempohnya. 

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengikuti perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik.

“Justeru, PAS membuat pendirian supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempohnya, bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

PAS yang merupakan parti kompenen Perikatan Nasional (PN) hanya menang satu kerusi daripada 14 yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, minggu lepas. 

Tahun lepas, PAS juga gagal memenangi sebarang kerusi DUN pada PRN Melaka dan Sarawak. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here