PAS berkawan dengan parti yang mahu kuburkan Umno – Najib

0
1

AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata, PAS sebenarnya berkawan dengan parti yang mahu kuburkan Umno.

Najib yang merujuk Bersatu sebagai ‘kawan’, berkata disebabkan itu Umno tidak boleh bekerjasama dengan Bersatu yang sememangnya secara terang berniat menguburkan Umno.

Namun, katanya, PAS bertindak memilih untuk bersama Bersatu kerana ‘cintakan’ parti itu sehingga sanggup melakukan serangan demi serangan terhadap Umno.

“MB Kedah, ceritanya amat mudah. Umno tak mahu PPBM (Bersatu) sebab secara jelas mereka nyatakan niat dan matlamat mereka ialah untuk kuburkan kita buat selama-lamanya.

“Bagaimana pula Umno boleh berpakat dengan ‘kawan’ yang niat sebenar ialah untuk kuburkan ‘kawan’?.

“Tetapi PAS mahu Bersatu. Sebab cinta pada Bersatu, PAS bersama Bersatu melancarkan serangan demi serangan terhadap Umno,” katanya menerusi Facebook.

Najib berkata demikian merujuk kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa tidak mustahil Umno menamatkan Muafakat Nasional (MN) selepas BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.

Sementara itu, Najib berkata, walaupun PAS tidak memilih Umno namun parti itu kurang melakukan serangan terhadap PAS.

“Secara peribadi, saya tak sebut pun nama PAS sepanjang kempen PRN Johor dan Melaka.

“Jadi, apa yang sepatutnya Umno buat sekarang?,” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here