KWSP: Najib saran pengeluaran selepas dapat dividen, sebelum Ramadan

0
3

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan masa paling tepat untuk kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.

Najib berkata, beliau juga berharap pemimpin politik yang sebelum ini membantah langkah tersebut dan kemudian membuat ‘U-turn’ benar-benar jujur dan bukan sekadar sokongan sementara sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Semasa kempen PRN Johor, ramai dari pihak sebelah sana yang pernah bantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP tiba-tiba menyokong pula.

“Anwar, Guan Eng, Bersatu dan PAS u-turn pula untuk sokong. Harap ini bukan sakadar sokongan sementara sempena musim PRN,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Najib mencadangkan kerajaan mempertimbangkan empat langkah bagi memulih semula baki simpanan KWSP pencarum termasuk, penstrukturan semula kadar dividen serta kadar caruman majikan dinaikkan semula, dan memulihkan semula projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

“Jika mereka benar-benar menyokong maka masa selepas bayaran dividen tahun 2021 dan sebelum bulan Ramadan ini adalah masa paling tepat untuk dilaksanakan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, KWSP tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria dilontarkan Ahli Parlimen, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apa yang utama sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum.

Menurutnya, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here