MCA dilaporkan telah memenangi tiga kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ke-15 ini.
Keputusan tidak rasmi itu dimaklumkan Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi Facebook sebentar tadi.
“Setakat ini, MCA telah memenangi DUN Yong Peng (Ah Soon), DUN Pekan Nenas (Tan Eng Meng) dan DUN Paloh (Lee Ting Han). Tahniah,” tulisnya.
Pada 24 Februari lalu, Ka Siong mengumumkan 15 calon MCA akan bertanding dalam PRN Johor.
Calon berkenaan ialah See Ann Giap bertanding di DUN Jementah; Tan Chong (Bekok); Ong Chee Siang (Tangkak); Gan Qi Ru (Bentayan); Ling Tian Soon (Yong Peng); Ter Hwa Kwong (Penggaram) dan Kelly Chye Pei Yee (Mengkibol).
Selain itu Lee Ting Han (Paloh); Chan San San (Johor Jaya); Ang Boon Heng (Stulang); Tan Hiang Kee (Perling); Lim Soon Hai (Skudai); Shen Poh Kuan (Senai); Tan Eng Meng (Pekan Nenas) dan Ng Yew Aik (Puteri Wangsa). – Malaysiapost

