Tanah Runtuh: 15 rumah rosak, 4 disyaki tertimbus

0
1

KIRA-KIRA 15 rumah mengalami kerosakan dengan empat mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, dekat Ampang Jaya, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, empat kediaman dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata berdasarkan maklumat awal saksi menyatakan terdapat empat mangsa masih hidup berkemungkinan tertimbus dalam kejadian ini.

“Berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 rumah terkesan akibat kejadian tanah runtuh ini.

“Hasil maklumat awam, terdapat empat mangsa dilaporkan masih tertimbus dan salah seorangnya berjaya ditemui dengan selamat,” katanya hari ini.

Beliau berkata, usaha menyelamatkan mangsa sedang dilakukan dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan.

“Runtuhan berlaku juga mengakibatkan 10 kenderaan tertimbus,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here