‘Jadikan PRN Johor sebagai isyarat anak muda tidak akan ditipu PH lagi’ – Zahida

0
2

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor wajar dijadikan isyarat membuktikan anak muda tidak akan ditipu lagi oleh Pakatan Harapan (PH) dan parti serpihannya.

Beliau berkata, PRN Johor amat penting kerana ia memberi peluang kepada pengundi berusia 18 tahun untuk menunaikan tanggungjawab berkenaan buat pertama kali.

“Cukup-cukuplah kita ditipu oleh PH dan serpihan mereka. Jadikan PRN Johor sebagai isyarat kepada mereka yang anak muda tidak mudah ditipu berkali kali,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Zahida berkata, pihaknya yakin pengundi akan memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor.

Katanya, dalam tempoh kempen berbaki dua hari sahaja lagi, momentum sokongan pengundi kepada parti itu semakin memberangsangkan.

“Dalam tempoh kempen yang berbaki kurang dua hari lagi, kami lihat sokongan anak muda kembali kepada BN.

“Kepada adik adik pengundi tetapkan pendirian, pangkah Dacing, undi BN di kawasan kalian ya,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru 2,539,606 pengundi yang layak mengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 2,597,742 pengundi berdaftar yang turut meliputi sejumlah 21,407 pengundi awal dan 36,729 orang telah pun mengundi secara pos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here