JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat beberapa individu bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah dan siasatan kes mengikut Akta Imigresen 1959/63.
JIM dalam kenyataan hari ini, cuba mengesan dua individu membabitkan seorang warga tempatan dan seorang lelaki Bangladesh.
Lelaki tempatan yang dikehendaki bagi tujuan membantu siasatan kes tangkapan di bawah Akta Imigresen 1959/63 adalah Nor Azhar Muhamad Nor, 44.
“Alamat terakhirnya adalah B-5-3 Apartment Desa Ria, Jalan Persiaran Impian Balakong, Kajang, Selangor,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, warganegara Bangladesh yang dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 pula dikenali sebagai Md Sojid Hosen berusia 24 tahun.
“Alamat terakhir di No 32, Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan 4 Off Jalan Kuari, Jalan Silang Kotaraya, Kuala Lumpur,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat dipohon menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Manab Pin di talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – Malaysiapost

