Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

0
1

JABATAN Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 1 pagi esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di 10 negeri iaitu Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah; Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

“Manakala Kelantan (Jeli dan Gua Musang); Selangor (Hulu Langat); Negeri Sembilan; Melaka; Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang).

“Sementara Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang dan Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) sehingga 1 pagi; esok 7 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here