Ikrar antirasuah: Umno dan BN ‘confirm’ tak berani buat – Wan Saiful

0
1

JANJI antirasuah yang diikrarkan kesemua 56 calon Perikatan Nasional (PN) tidak mampu ditawarkan parti lain yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata ikrar dan aku janji antirasuah ini adalah amalan PN yang mendokong prinsip integriti dan menentang rasuah.

“Kita memberi jaminan pertama membentuk kerajaan yang berintergriti dan memerangi rasuah.

“Ini satu perkara yang amat penting, sampai hari ini saya rasa Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘confirm’ tak berani nak buat apa yang kita buat,” katanya menerusi video pendek dimuat naik di Facebooknya.

Wan Saiful berkata, semua calon PN yang bertanding dalam PRN Johor melalui saringan ketat termasuk daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Lulus saringan itu, mereka kena tandatangan pula akujanji yang menyatakan bukan sahaja mereka akan memerangi rasuah tetapi menghalang atau melaporkan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata, itu adalah bukti kesediaan PN untuk memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Ini bukti kesetiaan kami kepada perjuangan menegakkan integriti. ‘Demi Maruah Bangsa Johor’,” katanya.

Semalam, media melaporkan, PN berharap rakyat Johor meyakini aku janji antirasuah yang diikrarkan kesemua 56 calon parti itu bagi berhadapan PRN Johor.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN akan menjadikan ikrar dan aku janji antirasuah itu sebagai amalan gabungan itu yang mendokong prinsip integriti dan menentang rasuah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here