GEMPA bumi kuat berukuran 5.3 magnitud dilaporkan berlaku di luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada jam 7.04 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kenyataan memaklumkan bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
“Gempa dengan kedalaman 56 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 41km barat daya dari Meulaboh, Indonesia,” kata Met Malaysia dalam hantaran Facebook.
25 Febuari lalu, gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud dilaporkan berlaku di utara Sumatera, sekali gus gegaran turut dirasai beberapa negeri di Malaysia. – Malaysiapost

