AHLI Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata lantikan itu satu pengiktirafan Badan Tertinggi Perundangan untuk masyarakat Orang Asli.
“Atas arahan Pengerusi Majlis (Speaker) Dewan Rakyat Parlimen Malaysia untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Speaker merupakan satu pengiktirafan Badan Tertinggi Perundangan (Legislative) Negara.
“… bahawa Orang Asli Semenanjung mampu melaksanakan tugas sebagai Timbalan Speaker bagi memastikan perjalanan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Malaysia berjalan lancar, Parlimen merupakan di mana semua permasalahan rakyat dapat dibincang oleh wakil rakyat mereka,” katanya dalam kenyataan itu hari ini,
Ramli berkata, atas kapasiti diri sendiri beliau berterima kasih kepada Barisan Nasional dan Umno atas kepercayaan mencalonkannya pada jawatan itu.
“Saya berjanji insyaAllah akan melaksanakan tanggong jawab ini sebaiknya dengan penuh berintegriti dan saksama atas prinsip kebebasan bersuara dan keperluan berhemah semasa menbincangkan sebarang usul demi kepentingan rakyat.
“Moga Allah SWT permudahkan dan mimpin saya melaksanakan tugas ini dengan adil dan saksama,” ujarnya lagi.
Tahun lalu, Ramli diumumkan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat oleh Umno.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan. – Malaysiapost

