Roslan Shah rebah ketika siaran langsung WHI

0
1

PENYANYI dan pengacara Roslan Shah rebah secara tiba-tiba ketika tampil sebagai tetamu jemputan program Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran secara langsung, tengah hari tadi.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang tular di media sosial, Roslan yang sedang rancak berbual dengan hos iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana dalam topik Si Mulut Tempayan pada mulanya kelihatan seperti biasa.

Kemudiannya dia terbatuk-batuk sebelum dan jatuh terlungkup di atas meja kaca yang berada di hadapannya.

Susulan situasi panik itu kakitangan studio segera memberikan bantuan kepada Roslan dan program itu dihentikan dengan siaran iklan.

Selebriti kelahiran Singapura itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.

Difahamkan, pihak produksi WHI akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan kejadian tersebut.

Siaran langsung terbabit turut menampilkan Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip yang ditemu bual secara dalam talian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here