TMJ hadiahkan Najib jersi JDT?

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menyaksikan Perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Najib turut mengucapkan syabas di atas kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas The City Boys.

“Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim atas perkenan menerima patik mengadap malam ini.

“Berpeluang menyaksikan sendiri perlawanan yang amat menarik,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, beliau juga berharap bidang sukan negara bertambah maju ke peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan.

“Syabas dan tahniah kepada team JDT dan warga Johor! Teruskan berusaha juga kepada team KL City,” katanya.

Dalam hantaran sama, Najib turut memuat naik beberapa keping gambar menonton aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, termasuk menerima jersi dengan tanda nama Bossku dipercayai hadiah daripada TMJ.

Semalam, JDT mengubati kekecewaan tumpas 0-2 di pentas Final Piala Malaysia tahun lalu apabila menjinakkan The City Boys 3-0 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim.

Kejayaan Harimau Selatan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu sekali gus membatalkan hasrat pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berhasrat untuk meninggalkan dunia bola sepak sekiranya JDT tewas perlawanan itu.

Bagi memastikan Tunku Mahkota Johor itu terus mengemudi JDT, ketua jurulatihnya, Benjamin Mora mempunyai perancangan ampuh untuk menundukkan Kuala Lumpur City FC (KL City) di laman sendiri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here