PRN Johor: Zahid harap rakyat terima ‘hero BN’ di DUN Benut

0
1

“KITA harap (Datuk) Hasni (Mohamad) terus diterima rakyat terutama pengundi Benut. Johor akan menjadi tumpuan termasuk Benut kerana di sinilah hero dan pahlawan kita,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berharap rakyat Johor terus menyokong Menteri Besar itu di DUN Benut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, ini kerana hanya nama Hasni satu-satunya dikemukakan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk dilantik kembali ke jawatan itu.

Beliau berkata, rakyat perlu bersama BN untuk membawa kegemilangan semula Johor sebagai negeri termaju di negara ini.

“Kita harap Hasni terus diterima rakyat terutama pengundi Benut dan mulai hari ini hingga 12 Mac nanti di mana Johor menjadi tumpuan seluruh negara termasuk Benut kerana di sinilah hero dan pahlawan kita.

“Kejayaan beliau bergantung kepada jentera kita dan saya yakin dengan kepimpinan beliau di Pontian dan Johor selepas 12 Mac ini, kita harap rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama dapat bersama memajukan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia.

“Apabila pada 12 Mac selepas penutupan pusat pembuangan undi, kita harap rakyat Johor akan dapat beri hadiah kepada Datuk Hasni dan sebagai poster boy kita, saya sebagai Pengerusi BN hanya akan mengemuka nama beliau kepada Sultan Johor bagi beliau terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor,” katanya memetik laporan MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat di Bilik Gerakan BN sebelum Hasni bergerak ke Dewan Serbaguna Benut untuk proses penamaan calon hari ini.

Sebelum itu, Zahid yang tiba jam 8.15 pagi meluangkan masa selama setengah jam bersarapan bersama Hasni. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here