Kes Covid-19 terus melepasi angka 30,000

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

SEBANYAK 30,644 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menurun 1,426 berbanding 32,070 kes kelmarin.

Menerusi data portal COVIDNOW, sebanyak 57 lagi kematian direkodkan dengan 14 diklasifikasikan sebagai kes kematian di luar hospital (BID) semalam.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini berjumlah 32,591 orang.

Johor melaporkan 14 kematian, diikuti Sabah (8), Perak (6), Kedah (5), Melaka (5), Selangor (5), Pahang (3), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), Perlis ( 2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1), Pulau Pinang (1) dan Sarawak (1).

Setakat semalam, terdapat 294,430 kes aktif, dengan 7,949 dimasukkan ke hospital. Daripada jumlah ini, 332 berada di unit rawatan rapi (ICU), 196 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 22,678 kes pulih dilaporkan.

Daripada kes baharu yang dilaporkan semalam, 30,387 daripadanya adalah penularan tempatan dengan 257 kes import. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here