Hasni berdepan saingan 4 penjuru di DUN Benut

0
2

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Hasni Mohammad berhadapan saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor, dan penyandang kerusi berkenaan akan berhadapan calon calon Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Isa Ab Hamid, selain calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Iskandar Noor Ibrahim dan wakil PKR Haniff@Ghazali Hosman.

Isa adalah wakil dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Dewan Negara.

Pengumuman pencalonan keempat-empat calon berkenaan dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Benut Mohd Rafi Abdullah.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, kerusi DUN itu dimenangi Hasni dengan dengan majoriti 4,447 undi selepas meraih 9,480 undi berbanding Zulkifly Tasrep (PKR) meraih 5,033 undi, manakala Mohd Firdaus Jaafar (PAS) mendapat 2,590 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here