Gangguan air di 42 kawasan pulih sepenuhnya

0
1

GANGGUAN bekalan air tidak berjadual di 42 kawasan sejak semalam, dilaporkan pulih sepenuhnya jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Facebook, berkata ia membabitkan kawasan di Shah Alam, Klang dan Petaling susulan kerja-kerja pembaikan sistem elektrikal di Rumah Pam Bukit Jelutong U8.

Air Selangor berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan ke Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here