Malaysia kerjasama dengan Thailand hasilkan vaksin – PM

0
1

PENYELIDIKAN dan pembangunan (R&D) dalam menghasilkan vaksin antara intipati penting dalam lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand, hari ini.

Menurutnya, lawatan rasmi dua hari itu adalah julung kali diadakannya dan atas jemputan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha.

Beliau berkata, terdapat tiga pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) hari ini bagi kerjasama perniagaan antara kedua-dua negara bagi penyelidikan dan pembangunan vaksin.

“Pertama, Pharmaniaga Research Centre Sdn Bhd dan Bio-Innova Co Ltd; kedua, Pharmaniaga LIfeScience Sdn Bhd dan BioNet-Asia; dan ketiga, Perjanjian Lesen Pembuatan di antara COVID Medicare Support Ins (CMSI) dan Acquest Healthcare Stem Cell Research & Development Co. Ltd.

“Semoga usaha ini membuahkan hasil yang cemerlang untuk kebaikan kedua-dua negara ASEAN dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kegemilangan bidang farmaseutikal Asia di pentas dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau tiba di Thailand semalam selepas mengadakan lawatan kerja ke Kemboja dan mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya, Prayuth hari ini di Rumah Kerajaan, di Bangkok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here