Ketua, timbalan Pejuang Johor antara calon diumumkan

0
1

KETUA dan Timbalan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor antara 42 nama yang diumumkan sebagai calon mewakili parti berkenaan yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Pengumuman calon Pejuang dibuat oleh Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu majlis di Muar, Johor, hari ini.

Ketua Pejuang Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, diumumkan bertanding di kerusi N26 Machap.

Beliau yang turut menjawat jawatan Bendahari Agung Pejuang dijangka bakal memberi tentangan hebat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut bertanding di kerusi berkenaan.

Manakala, manakala timbalannya Nornekman Osman yang juga anak sulung bekas Menteri Besar Johor Allahyarham Datuk Osman Sapian akan bertanding di N47 Kempas.

Nornekman akan cuba mempertahankan kerusi yang dimenangi Allahyarham bapanya yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 9,178 undi.

Senarai keseluruhan 42 calon Pejuang yang akan bertanding di PRN Johor adalah:

  1. Mohd Hanafi Ahmad (N1 Buloh Kasap)
  2. Dr Azita Amrin (N3 Pemanis)
  3. Norizan Saharidin (N4 Kemelah)
  4. Mohd Fauzi Bachok (N5 Tenang)
  5. Md Taib Md Suhut (N7 Bukit Kepong)
  6. Mohd Akhiri Mahmood (N8 Bukit Pasir)
  7. Suraya Sulaiman (N9 Gambir)
  8. Muhammad Airel Zabridin (N10 Tangkak)
  9. Abdul Azim Abdul Malek (N11 Serom)
  10. Mahaizal Mahmor (N13 Simpang Jeram)
  11. Datuk Ibrahim Shafe’e (N14 Bukit Naning)
  12. Riad Ahmad (N15 Maharani)
  13. Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal@Mohd Najib (N16 Sungai Balang)
  14. Mahdzir Ibrahim (N17 Semerah)
  15. Mohd Firdaus Abdul Malek (N18 Sri Medan)
  16. Adzlan Raju (N20 Semarang)
  17. Mohd Ridhauddin Mohd Tahir (N21 Parit Yaani)
  18. Raja Abdul Lateef Mahrani (N22 Parit Raja)
  19. Zalihah Jaafar (N24 Senggarang)
  20. Nizam Bashir Abdul Kariem (N25 Rengit)
  21. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (N26 Machap)
  22. Ahmad Shafiq Othaman (N27 Layang-Layang)
  23. Aminuddin Johari (N30 Paloh)
  24. Rosdi Amir (N31 Kahang)
  25. Zaini Tahar (N32 Endau)
  26. Mohd Firdaus Abd Rahman (N33 Tenggaroh)
  27. Ahmade Mohd Din (N34 Panti)
  28. Mohd Yusri Yusof (N35 Pasir Raja)
  29. Tariq Ismail Mustafa (N36 Sedili)
  30. Mohd Shukor Ahmad (N37 Johor Lama)
  31. Rahmattullah Kamilin (N38 Penawar)
  32. Samat Atan (N39 Tanjung Surat)
  33. Datuk Abdul Azi Harun (N40 Tiram)
  34. Dr Khairil Anwar Razali (N41 Puteri Wangsa)
  35. Mahaya Ahad (N43 Permas)
  36. Mohamad Riadz Mohamad Hashim (N44 Larkin)
  37. Nornekman Osman (N47 Kempas)
  38. Dr Zaini Abu Bakar (N49 Kota Iskandar)
  39. Mokhtar Abdul Wahab (N50 Bukit Permai)
  40. Iskandar Noor Ibrahim (N53 Benut)
  41. Abd Rashid Abd Hadi (N54 Pulai Sebatang)
  42. Zamzam Hashim (N56 Kukup) – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here