JABATAN Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) meramalkan hujan lebat berterusan berlaku di beberapa negeri sehingga Sabtu ini.
MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan amaran hujan berterusan (buruk) dijangka berlaku di Terengganu iaitu di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Beberapa kawasan di Pahang juga diramalkan mengalami keadaan sama iaitu di Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin, termasuk di Mersing Johor juga diramal berlaku hujan berterusan bersama ribut petir.
Sementara itu, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan di Perak bagi kawasan di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta seluruh negeri Kelantan.
Bagi kawasan di Terengganu hujan berterusan dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, manakala di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.
MetMalaysia juga memaklumkan seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka turut dijangka mengalami hujan berterusan (waspada).
Manakala, kawasan di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru turut mengalami hujan serta ribut petir sehingga Sabtu ini. – Malaysiapost

