Kanak-kanak Cina paling ramai ambil vaksin Covid-19 – KJ

0
1

LEBIH sejuta kanak-kanak di Malaysia berusia antara lima ke 11 tahun sudah berdaftar untuk mendapatkan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan, daripada jumlah itu berdasarkan etnik, kanak-kanak kaum Cina yang paling tinggi mendapatkan pelalian berkenaan iaitu sebanyak 46.4 peratus.

“Setakat semalam, lebih sejuta kanak-kanak berusia antara lima ke 11 tahun sudah berdaftar untuk mendapatkan vaksin di bawah PICKids di seluruh negara.

“Dari segi etnik, kanak-kanak daripada kaum Cina yang paling tinggi mendapatkan pelalian berkenaan iaitu sebanyak 46.4 peratus dan ramai ibu bapa dilihat lebih senang untuk mengambil sikap tunggu dan lihat,” katanya di Facebook, hari ini.

Justeru itu, beliau menyeru ibu bapa supaya segera mendaftarkan anak-anak mereka yang layak bagi melindungi mereka daripada Covid-19.

“Ini memandangkan kadar kemasukan golongan ini ke hospital akibat Covid-19 semakin meningkat.

“Lindung anak-anak kita. Lindung diri, lindung semua,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here