Kaka Azraff timang cahaya mata lelaki kedua 

0
1

PENYANYI, Kaka Azraff selamat melahirkan bayi lelaki keduanya pada jam 12.05 tengah malam tadi. 

Berita gembira itu dikongsikan Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, menerusi Twitter dan Instagram Story miliknya hari ini. 

“Syukur kepada Allah, saya secara rasmi saya ibu kepada dua cahaya mata. 22.2.2022 00:05 AM. 

“Terima kasih kerana memberi sokongan yang terbaik, penghibur, pemberi motivasi dan doktor separuh masa sepanjang tempoh ini. 

“Saya tidak tahu apa jadi tanpa awak. Saya sayangkan awak, ayah kepada dua anak,” tulisnya. 

Sementara itu, suaminya Adam Azriff turut berkongsi berita tersebut di Instagram Story, dengan disertakan gambar tag pergelangan tangan isteri dan anaknya. 

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan. Ibu bayi dalam keadaan baik dan bayi lelaki kami sihat dan kuat,” katanya. 

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aslan yang kini memasuki usia dua tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here