Jamal timang anak kelima

0
1

BINTANG legenda negra digelar Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah bersyukur menimang anak kelimanya, yang selamat dilahirkan hari ini.

Jamal, 63, memaklumkan berita gembira itu di laman Instagramnya hari ini dan turut memuat naik video beliau mengazankan anaknya yang diberi nama Iskandar Rayyan Yamani.

Beliau turut berkongsi gambar bayinya di Instagram Story.

“Assalammualaikum.. Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yang soleh..amin.

“Alhamdulillah, selesai sudah. Gementar sehinggakan azan pun tersasul. Terima kasih semua,” katanya dalam perkongsian itu.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, penyanyi berkenaan memaklumkan bayi lelakinya dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.84 kilogram, lebar 52 sentimeter dan lilitan kepala 33 sentimeter.

“Kami semua dah bersedia dari awal. Nampaknya, bayi pun tiada cacat apa-apa dan dalam keadaan sihat.

“Begitu juga isteri baik-baik saja. Syukur, alhamdulillah. Kepada semua yang memberi ucapan tahniah dan doa, saya dan isteri mengucapkan terima kasih,” katanya.

Jamal memberitahu isterinya Datin Zai Izzati, 26, sepatutnya dijangka bersalin pada 28 Februari, namun dipercepatkan kepada hari ini kerana tarikhnya yang cantik iaitu 22.02.2022.

Anak pertamanya dengan Zai iaitu Nur Azura Yamani, kini berusia tiga tahun, lahir pada 10.10.2019. Manakala anak kedua, El Isaac Yamani atau Zack, 2, pula lahir pada 11.11.2020.

Jamal bernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Selain itu, dia juga memiliki dua anak hasil perkahwinan lalu iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here