Covid-19: 43 lagi kematian baharu

0
1
grafik

SEBANYAK 43 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 32,390 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 13 daripada 43 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 7,303 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 245,875 individu atau 94.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 5,055 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 7,783 kes dirawat di hospital dan 272 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 164 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here