Tomok reda positif Covid-19, syukur anak dan isteri negatif

0
1
Tomok

PENYANYI dan pelakon Tomok mengakui reda setelah dirinya disahkan positif Covid-19.

Tomok atau atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 37, memberitahu tidak menyangka menjadi salah seorang individu yang menyumbang statistik kes harian virus itu.

Katanya, ia kerana perkara tersebut paling yang dia mahu elakkan selama wabak itu melanda negara.

“Benda paling nak elak sekarang kena pada saya. Insya-Allah semoga baik saja. Yang penting, anak dan isteri negatif. Alhamdulillah,” katanya dalam hantaran Instagram.

Bagaimanapun, pelantun lagu Bekas Kekasih itu lega dan bersyukur isteri dan anak-anaknya masih dilindungi.

Tomok dalam hantaran Instagram memaklumkan berita duka dijangkiti dengan berkongsi paparan kit ujian Covid-19 miliknya.

Semakan di ruangan komen mendapati, peminat dan rakan-rakan artis mendoakan kesihatan Tomok dan berharap dia segera sembuh.

Malah, vokalis kumpulan New Boyz juga mengucapkan terima kasih pada semua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here