Ribut petir, hujan lebat landa lapan negeri

0
1
kl hujan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri, petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di lapan negeri iaitu Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah sehingga jam 6 petang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Sik, Baling dan Kulim); Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

“Manakala WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban); Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Sementara di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) sehingga 6 petang pada Isnin,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here