‘Bolehkah rakyat biasa pinjam wang bank tanpa jaminan?’ – soal Anwar

0
1

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati terhadap tindakan institusi perbankan dengan mudah memberikan pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong, sebaliknya rakyat dianaktirikan.

Beliau berkata, sekiranya rakyat ingin melakukan perkara yang sama, adakah pihak bank akan meluluskannya.

“Saya nak tahu orang Baling nak pinjam duit dekat Maybank ke, bank Islam ke, mana-mana banklah cawangan sini, di Baling ni, pi tengok… Pinjam RM10,000 kata Anwar suruh kami mai pinjam.

“Baik kalau pengurus kata pinjam ni untuk apa? Ada penjamin ke? Ada tanah ke, cagaran.. (peminjam kata) tak ada..(pengurus bank kata) jadi tak ada, tak boleh..

“Tapi pasal apa perniagaan judi Hong Kong boleh pinjam dekat Maybank, CIMB bank RM 2.8 bilion.. tak payah cagaran, ikat jamin.. boleh pula! Tu pun kalau dia mai dekat YB, Datuk cium tangan yang tu menyampah sangat-sangat,” katanya.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian dalam satu majlis di Baling semalam menyentuh isu syarikat judi Genting Hong Kong yang terima pinjaman daripada beberapa bank tanpa sebarang cagaran bernilai RM2.5 bilion ($600 juta).

Sehubungan itu, beliau berkata, anak-anak muda perlu memainkan peranan untuk mempertahankan wang negara daripada dipergunakan dengan sewenang-wenang oleh pihak terbabit.

“Syarikat Judi Hong Kong di Genting Highland, dia bagi pinjaman.. jadi orang muda kena bangkit, persoalkan hal ini.. mengapa wang negara dalam bank negara boleh diambil begitu rupa.

“Baik kita nak pinjam buat nak buat ladang tak kira getah atau cili, pi pinjam tengok kalau boleh dapat.Tak mudah sebab sikap yang tak betul.. kerana itu saya cakap memuliakan khidmat sumbangan kepada semua, nelayan, petani, pekebun, pegawai kerajaan termasuk guru.. kita kena muliakan mereka kerana sumbangan yang diberikan kepada kita. Jangan pandang rendah dan ringan sehingga kita abaikan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan tiga bank Malaysia dinamakan sebagai antara pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan gabungan pendedahan sebanyak USD600 juta (RM2.5 bilion). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here