BN tampil 30 peratus calon muka baharu

0
1

BARISAN Nasional (BN) Johor akan mengemukakan sekurang-kurangnya 30 peratus calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata langkah itu diharap akan memperkuatkan peluang gabungan itu memenangi PRN nanti.

Katanya, BN juga akan mengumumkan 56 calonnya bagi menghadapi PRN Johor, pada Khamis ini.

“Kita dah peringkat akhir muktamadkan calon-calon untuk PRN Johor. Johor ada muka baharu yang ramai termasuk calon muda di bawah 40 tahun.

“Oleh itu, sekurang-kurang 30 peratus calon kita nanti akan menampilkan golongan muka baharu.

“Saya yakin langkah menyenaraikan ramai calon muka baharu dan muda ini akan dapat memperkuatkan peluang BN untuk berjaya pada PRN nanti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022, hari ini.

Sebelum ini, Umno dan BN Johor dilaporkan akan melakukan perubahan termasuk mengemukakan calon muda seperti kemahuan masyarakat dan akar umbinya.

Calon parti itu akan mengambil kira keperluan semasa termasuk pertambahan pengundi baharu susulan pelaksanaan secara automatik Undi18. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here