PRN Johor untuk ‘ajar’ PH, parti serpihan – Puteri Umno 

0
1

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan, berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dimanfaatkan pengundi muda untuk memberi pengajaran kepada Pakatan Harapan (PH) dan parti serpihannya.

Beliau berkata, PRN Johor yang berlangsung pada 12 Mac itu sewajarnya digunakan sebaiknya untuk membuktikan pengundi muda tidak terus terpedaya dengan penipuan bersiri parti berkenaan.

“Kata orang lama, peluang tidak datang berkali kali. Jadi gunakanlah hak adik adik (pengundi muda) semua untuk pastikan Johor kembali stabil semula seperti sebelum sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dahulu.

“Caranya, tolak parti yang penuh dengan tipu helah, janji palsu bulan dan bintang. Tolak sekali serpihan mereka. Pangkah BN pada 12 Mac 2022 nanti,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Umno menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya di 42 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian, sementara hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here