Pemuda Umno harap BN tampil lebih ramai calon orang muda

0
1

PEMUDA Umno akan terus berusaha memastikan lebih ramai dalam kalangan pergerakan itu serta golongan muda diangkat sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata selagi senarai calon belum diumumkan secara rasmi, beliau akan terus berusaha agar calon Pemuda serta golongan muda mendapat tempat.

“Selagi tak diumumkan, selagi itulah segala usaha dilakukan untuk memastikan lebih ramai calon-calon dalam kalangan Pemuda dan orang muda ditampilkan dalam PRN Johor kali ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau turut berkongsi gambar pertemuannya dengan Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Asyraf Wajdi menyifatkan Hasni seorang pemimpin yang sentiasa cakna kepada aspirasi anak muda demi kestabilan dan masa depan Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here