Perkampungan atas air terbakar, 179 rumah musnah

0
2

SEBANYAK 179 rumah di perkampungan atas air di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat musnah dalam kebakaran petang semalam.

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah di kawasan berkenaan sebelum merebak ke rumah lain.

Beberapa penduduk cuba memadam kebakaran itu, namun api marak begitu cepat disebabkan struktur rumah berasaskan kayu dan agak rapat antara satu sama lain.

Memetik laporan Berita Harian, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.26 petang.

Beliau berkata, sepasukan 48 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Kota Marudu dan dibantu Persatuan Bomba Sukarela (PBS) ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Operasi memadam ditamatkan pada 8.17 malam dan tiada mangsa terkorban dilaporkan.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here