Covid-19: Afdlin Shauki terharu terima kad ingatan dari Anwar, isteri

0
1

PELAKON dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki yang disahkan positif Covid-19 terharu apabila menerima kad ingatan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi hantaran Instagramnya, Afdlin yang kini sedang mendapatkan rawatan selepas dijangkiti viris itu beberapa hari lalu, mengakui pertama kali seumur hidupnya mendapat kad ingatan daripada ‘orang hebat’ seperti Anwar dan Azizah.

“Terharunya… tak pernah lagi seumur hidup, tengah sakit orang-orang hebat macam ni ingat kat aku.

“Tq Kak Wan dan DSAI kerana prihatin dekat saya yang terlebih comel ini,” tulisnya dalam hantaran itu.

Dalam hantaran sama, Afdlin mengakui paras oksigennya tidak menentu dan meminta orang ramai mendoakan agar dia segera pulih daripada wabak berkenaan.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya dan memberi kata semangat.

“Sekarang oksigen level tak menentu dan naik turun. Harap semua ok. Doakan saya dan team saya. InsyaAllah, Amin,” katanya.

Menerusi tulisan pada kad itu, Anwar yang juga Presiden PKR dan Wan Azizah mendoakan Afdlin segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Kelmarin, Afdlin menerusi hantaran Instagram memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19

Katanya, dia telah disahkan positif virus berkenaan sejak beberapa hari lalu dan mula merasakan gejala.

Dalam hantaran itu juga, Afdlin memuat naik tangkap layar status terkini aplikasi MySejahtera miliknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here